YaPEIM » Peranan, Sumbangan YaPEIM Amat Dihargai

Blog

Peranan, Sumbangan YaPEIM Amat Dihargai

YB Fuziah Salleh yang menzahirkan penghargaan itu berkata, inisiatif diambil YaPEIM terutamanya dalam memberi kerjasama menjayakan aktiviti melibatkan rakyat di peringkat akar umbi perlulah disokong serta dicontohi.

KUANTAN 8 Sept 19 – PERANAN serta sumbangan YaPEIM dalam mengimarah program berbentuk kemasyarakatan sangat dihargai, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

YB Fuziah Salleh yang menzahirkan penghargaan itu berkata, inisiatif diambil YaPEIM terutamanya dalam memberi kerjasama menjayakan aktiviti melibatkan rakyat di peringkat akar umbi perlulah disokong serta dicontohi.

Beliau berkata, penglibatan aktif YaPEIM beserta Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) khususnya bagi usaha mengagih sumbangan barangan keperluan harian melalui Program Foodbank YaPEIM 1.0 untuk kegunaan rakyat di dalam kelompok B40 mampu meringankan beban golongan sasar.

“Saya berbesar hati atas inisiatif dan kesunguhan YaPEIM dan YWM mengagih sumbangan berjaya memanfaatkan kira-kira 600 keluarga yang serba memerlukan.

“Terima kasih kepada kedua-dua agensi di bawah JPM yang komited serta menyokong penuh bagi setiap program melibatkan kelompok rakyat B40 membuktikan keprihatinan agendj terhadap soal kebajikan mereka serba memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Zon Timur, Kuantan di Padang Awam Sungai Lembing, di sini.

Pada majlis sama, seramai 279 orang penerima dari kelompok B40 menerima barang keperluan harian seperti gula, tepung, beras, minyak masak dan biskut diagih hasil sumbangan YaPEIM dan YWM.

Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Zon Timur, di Kuantan berlangsung pada 7 dan 8 September, menyaksikan 600 oranh termasuk 10 warga India kurang bermampuan di Kampung Padang, Taman Impian; Kampung Sg. Panching dan juga sekitar kawasan Sg. Lembing telahpun dipilih menerima sumbangan masing-masing.

Top

Comments are closed.

Top