YaPEIM » Misi Bantuan Fasa ke-2 Palu, Dilancar

Blog

Misi Bantuan Fasa ke-2 Palu, Dilancar

Misi Bantuan Kemanusiaan Palu Fasa Ke-2, telah dilancarkan hari ini sebagai meneruskan usaha menyalur sumbangan kepada mangsa bencana alam di Palu, Sulawesi Tengah.

PUTRAJAYA 4 Sep 19 – Misi Bantuan Kemanusiaan Palu Fasa Ke-2, telah dilancarkan hari ini sebagai meneruskan usaha menyalur sumbangan kepada mangsa bencana alam di Palu, Sulawesi Tengah.

Pelepasan misi disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu adalah kesinambungan terhadap misi bantuan kemanusiaan fasa pertama dilaksanakn pada November 2018 yang lalu.

Beliau berkata, untuk misi kali ini diterus dengan kerjasama strategik Mapim bertujuan menyerah pembinaan Perkampungan Ummah kepada pihak berkuasa tempatan untuk manfaat bersama bagi penduduk tempatan.

Selain itu katanya, misi kali ini juga membekalkan pam air untuk kemudahan penduduk di samping bantuan membina semula 4 masjid yang rosak teruk akibat bencana.

“Sumbangan dikumpul akan disalur bagi tujuan membina 4 masjib di Bakaroa, Tunduo, Birobula dan Salaqi yang menelan belanja keseluruhanya RM1 juta. Anggaran kos pembinaan bagi setiap masjid ini adalah sekitar RM250,000.

“Terima kasih kepada semua agensi di bawah pentadbiran hal ehwal agama terutamanya Jakim Jawi, YaPElM dan MAIWP di mana sumbangan terkumpul agensi RM764,0000,” katanya di majlis Pelancaran Misi Palu Fasa Ke-2 di Kompleks Islam Putrajaya.

Misi Palu Fasa Ke-2 ini menyaksikan penglibatan semua wakil agensi menyumbang turut sama di dalam misi bermula 4 hingga 6 September 2019 di Palu, Sulawesi Tengah bagi merasmikan
Perkampungan Ummah dan Pecah Tanah Tapak 4 buah Masjid.

Dalam pada itu, YB Menteri menyarankan semua agensi dan orang ramai untuk tampil menyumbang bagi membolehkan nilai sumbangan yang diperlukan mencukupi.

Top

Comments are closed.

Top