YaPEIM » MESYUARAT PENYELARASAN PERLAKSANAAN PROGRAM CELIK AL-QURAN MASYARAKAT(CQ-MAS) BAGI SELURUH NEGERI SABAH

Terkini

MESYUARAT PENYELARASAN PERLAKSANAAN PROGRAM CELIK AL-QURAN MASYARAKAT(CQ-MAS) BAGI SELURUH NEGERI SABAH

Pengajian yang berlangsung selama tempoh 30 jam ini menggunakan teknik kaedah Abahata. Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah, cepat, menyeronokkan dan amat berkesan. Tenaga pengajar juga telah menjalani latihan kaedah abahata selama 3 hari yang telah berlangsung pada Januari 2018 lepas.

Kota Kinabalu – Satu mesyuarat penyelarasan Program Celik Al-Quran Masyarakat (CQ-MAS) di antara YaPEIM bersama agensi-agensi yang dikenalpasti diadakan di Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh SS Datuk Hj. Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah dihadiri oleh beberapa agensi antara Institut Pengajian Al- Quran(IPAQ), Jakim Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS).

Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pelaksanaan Program Celik Al-Quran Masyarakat (CQ-MAS) yang dianjurkan oleh YaPEIM di seluruh daerah Negeri Sabah.

Program Celik Al-Quran Masyarakat (CQ-MAS) ialah merupakan program di bawah Perkasa Komuniti YaPEIM yang telah dijalankan pada Februari sehingga Mac di 40 buah sekolah di daerah Semporna Sabah yang melibatkan 2,004 orang peserta yang terdiri daripada pelajar antara umur 7-12 tahun serta masyarakat Semporna.

Top

Comments are closed.

Top