YaPEIM » Merdeka Indoor Games 2019 – Meriah dan penuh semangat kesukanan

Blog

Merdeka Indoor Games 2019 – Meriah dan penuh semangat kesukanan

Merdeka Indoor Game 2019 mempertandingkan 9 jenis permainan antaranya Congkak, Dam Haji, Tutup Botol,Karom, Batu Seramban, Sepak Bulu Ayam, Ping Pong dan Merdeka Race.

KUMPULAN Tun Dr. Mahathir Mohamad dinobatkan Juara Keseluruhan Merdeka Indoor Game 2019 mempertandingkan 9 jenis permainan antaranya Congkak, Dam Haji, Tutup Botol,Karom, Batu Seramban, Sepak Bulu Ayam, Ping Pong dan Merdeka Race.

Acara yang dianjurkan bagi peringkat Ibu Pejabat YaPEIM itu berlangsung meriah di dalam suasana penuh semangat kesukanan, apabila setiap acara dipertandingkan menyaksikan persaingan sengit peserta yang mengambil bahagian.

Acara sukaneka pertama kali dianjur bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62, turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPElM, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dan beberapa orang ahli LPA yang lain.

Mereka turut menyambut baik inisiatif dibuat sebagai medium memperkukuh ukhwah sesama kakitangan dan pengurusan YaPEIM.

Pengerusi LPA YaPEIM berkata, kesempatan untuk bersama-sama beriadah secara sihat itu mampu memupuk sikap toleransi dan membudaya kerjasama berpasukan seterusnya diterjemah dalam skop kerja harian.

Secara keseluruhan, Merdeka Indoor Game 2019 merupakan penanda aras penting dan interaktif dalam menggembleng tenaga untuk menjadikan YaPEIM sebuah institusi Amal Jariah yang paling terkehadapan dan dibarisi oleh modal insan yang berketerampilan.

Top

Comments are closed.

Top