YaPEIM » MEMPERKASA MASJID JADI KEUTAMAAN

Blog

MEMPERKASA MASJID JADI KEUTAMAAN

“Untuk mencapai ketinggian darjat Islam, institusi masjid perlulah terus diperkukuh untuk kemashlatan umat dan menjadi rujukan penting terhadap rakyat

KUALALUMPUR 17Jan – Penganjuran Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Pesekutuan 1440 Hijrah menjadi platform penting ke arah memperkasakan peranan dan fungsi masjid dalam membangunkan masyarakat.

Hadir dengan tema, “Masjid Berdaya, Ummah Sejahtera” majlis yang penuh gemilang ini dirasmi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof turut dihadiri lebih 1,500 orang tetamu termasuk lebih 80 Pengerusi serta Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau-surau dari kawasan sekitar Wilayah Persekutuan, KL.

Menurut Dr. Mujahid, inisiatif diambil bagi mengimarahkan institusi masjid bepandukan kepada konsep RAHMAH iaitu Ramah; Aman; Harmoni; Mesra; Alami dan Hormat yang dilaksanakan berpaksikan tiga tonggak utama iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

“Sinergi majlis ini adalah lanjutan dari penganjuran acara Kongres Ekonomi Peringkat Kebangsaan dan platform terhadap sebarang usaha murni dan menjadi teras serta pegangan dalam menjamin kehamonian antara kaum dan agama yang dianuti oleh rakyat di Malaysia,” katanya dalam perasmian Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Pesekutuan 1440H di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Kongres yang berlangsung seharian itu turut menampilkan wawancara bersama tetamu khas Datuk Dr. Mohd Daud Bakar selaku Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, bertajuk Masjid Penggerak Ekonomi & Pembangunan Ummah.

Selain itu, Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin turut sama sebagai pembentang tampil dengan tajuknya Peranan Agensi Luar Dalam Pengimarahan Ekonomi.

Top

Comments are closed.

Top