YaPEIM » MASJID, NADI PENGGERAK EKONOMI DAN MASYARAKAT.

Blog

MASJID, NADI PENGGERAK EKONOMI DAN MASYARAKAT.

“Saya berpandangan reformasi fekah, syariah, fatwa dan seluruh kerangka hidupan umat Islam perlukan kebijaksanaan yang tinggi, halus dan keberanian yang ampuh.

KUALA LUMPUR 18 Januari 2019 – Usaha menjadikan masjid sebagai pusat penggerak aktiviti ekonomi dan proses pembangunan masyarakat perlu dipergiat bagi mengimarahkan institusi tersebut sebagai tonggak utama kemakmuran masyarakat.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, inisiatif itu bukan sahaja menepati objektif penganjuran Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid, malah mampu makmurkan masjid sebagai pusat aktiviti ibadah dan penggerak majlis keilmuan serta kemasyarakatan.

Beliau berkata, pendekatan diambil adalah satu manifestasi ‘kebijaksanaan dan keberanian zaman’ yang melangkaui batas konservatif yang agak ketinggalan zaman seperti sebelumnya apabila membataskan masjid sebagai tempat beribadat semata-mata.

Jika salah satunya pincang atau hilang, maka agama serta masyarakat Islam akan terus terpinggir dalam arus kemodenan negara dan dunia.

“Hipotesis saya adalah menyorot semula perkara yang berlaku dalam lanskap urusan dan pengimarahan masjid di negara ini dan dunia, kerana kedudukan institusi ini amat signifikan bagi melaksanakan agenda pembangunan ekonomi masyarakat Islam,” katanya dalam Wawancara Khas bertajuk Masjid Penggerak Ekonomi & Pembangunan Ummah.

Sesi diadakan bersempena Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2019 itu telah dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.

Lebih 1,500 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir dalam majlis itu.

Top

Comments are closed.

Top