YaPEIM » Lebih 150 Usahawan Ikuti Program Intervensi

Blog

Lebih 150 Usahawan Ikuti Program Intervensi

Penganjuran julung kali Program Intervensi Usahawan YaPEIM 2019 berjaya menarik kehadiran hampir 150 usahawan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai segmen perniagaan dan perkhidmatan.

KUALA LUMPUR 24 Okt 19 – Penganjuran julung kali Program Intervensi Usahawan YaPEIM 2019 berjaya menarik kehadiran hampir 150 usahawan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai segmen perniagaan dan perkhidmatan.

Program bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Dewan Utama Ibu Pejabat YaPEIM itu bukan saja menyajikan pelbagai informasi untuk usahawan, malah berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan agensi berkaitan keusahawanan.

Sesi pengenalan didahulukan taklimat Program Pembangunan Usahawan dari wakil Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani (MOA), sebelum disusuli slot Memperkasa Usahawan MARDI.

Kesemua peserta memberi komitmen terhadap program dianjur, menyaksikan sesi Soal Jawab Bersama Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Pn Parihah Hasan berlangsung kondusif mencakupi pelbagai topik berkaitan keusahawanan.

Selanjutnya, slot bersama wakil CMASA.my turut mendapat perhatian peserta yang Rata-rata amat menghargai peranan YaPEIM bangunkan sistem promosi secara dalam talian selain berperanan sebagai pemudah cara pensijilan Halal Jakim.

Pemilik Alifhua.Trading, Hasmizi Hasan sifatkan platform promosi dan pemasaran secara online dibangunkan oleh YaPEIM membuka ruang bagj kepada usahawan sepertinya meneroka potensi pasaran lebih meluas dengan kos yang minima.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih di atas usaha YaPEIM anjurkan program penting begini membuka peluang kepada kami perluaskan lagi pemasaran produk.

“Dengan maklumat terkini, bimbingan perniagaan pihak berpengalaman dan pemasaran strategik, saya yakin usahawan tempatan mampu bersaing dalam pasaran,” kata pengusaha produk Maruku Mak Anjang itu.

Kalangan usahawan terlibat turut berharap agar Program Intervensi Usahawan YaPEIM diteruskan dari semasa ke semasa di pelbagai lokasi lain, seterusnya menjadikan YaPEIM peneraju penting pembangunan usahawan.

Top

Comments are closed.

Top