YaPEIM » LAPORAN PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 1440H/2019 DI DAERAH BESUT

Blog

LAPORAN PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 1440H/2019 DI DAERAH BESUT

60 pelajar sekolah di Besut terima bantuan tunai.

BESUT 9 Mei – SEJUMLAH 60 orang pelajar dari tiga buah sekolah di sekitar daerah Besut terpilih menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Semua pelajar daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan itu masing-masing terdiri daripada 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat; SMK Jabi (20 orang) dan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar, 20 pelajar yang terletak di sekitar Daerah Besut.

Wakil Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri (PPYN) iaitu Ainul Muhafa Sheikh Mohamad ditemani Siti Maria Ibrahim telah menyerahkan sumbangan tunai itu kepada 20 orang pelajar terpilih di SMK Pelagat sambil disaksikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Harun Ibrahim.

Sementara itu, wakil PPYN Terengganu, Kartina Ahmad dan Mohd. Faizal Omar pula menyerah sumbangan tunai kepada 20 pelajar SMK Jabi, dan majlis penyampaian sumbangan disaksikan oleh PKHEM, Suraini Abdul Rahman.

Para pelajar dan warga kakitangan SMK Jabi juga menzahirkan setinggi penghargaan atas Inisiatif YaPEIM yang menyerahkan sumbangan buat kali pertama kepada pelajar berkenaan.

Selain itu, seorang lagi wakil YaPEIM, Yusridin Md Nor pula telah diamanah untuk menyampaikan bantuan Tunai kepada 20 pelajar SK Pasir Akar yang terletak bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Besut.

Majlis berlangsung santai namun amat bermakna itu telah disaksikan sendiri Guru Besar, Ruzmi Ibrahim yang menyatakan harapan tinggi beliau terhadap kesungguhan YaPEIM membantu bagi ringankan beban pelajar yang serba kekurangan.

Sumbangan tunai berjumlah RM7,200 itu adalah bertujuan mengimarah Ramadan tahun ini yang sebahagian Inisiatif YaPEIM dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan hasil dari kutipan tabung Skim Potongan Gaji (SPG) setiap anggota Masyarakat yang diterima oleh YaPEIM.

Top

Comments are closed.

Top