YaPEIM » LAPORAN PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 1440H/2019 DI 2 DAERAH DI SARAWAK

Blog

LAPORAN PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 1440H/2019 DI 2 DAERAH DI SARAWAK

150 pelajar di Sarawak terima bantuan tunai


SARAWAK – SEJUMLAH 150 orang pelajar dari 8 buah sekolah di sekitar daerah Lundu dan Lawas terpilih menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Semua pelajar daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan itu masing-masing terdiri daripada 35 orang pelajar SK Bumiputera; SK Setunggang Melayu (35); SMK Lawas (22); SK Kampung Seberang Lawas (7); SK Merapok Lawas (17); SK Ulu Merapok Lawas (8); SMK Merapok (22) dan SK Ladang Baru (4) yang terletak di sekitar Daerah Lundu dan Lawas.

Wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Fazli bin Nasulun dan Aminah binti Dollah telah diamanah menyerahkan sumbangan tunai itu kepada ke semua 150 orang pelajar terpilih di lapan buah sekolah tersebut.

Dalam pada itu, para pelajar dan warga kakitangan Sekolah turut menzahirkan setinggi penghargaan atas inisiatif YaPEIM menyerahkan sumbangan buat kali pertama kepada ke semua penerima.

Majlis berlangsung santai namun amat bermakna itu telah disaksikan sendiri oleh Guru Besar dan Pegawai PPD yang turut menyatakan harapan tinggi mereka terhadap kesungguhan YaPEIM membantu meringankan beban pelajar yang serba kekurangan.

Sumbangan tunai keseluruhan berjumlah RM18,000 itu adalah bertujuan mengimarah Ramadan tahun ini yang merupakan sebahagian inisiatif YaPEIM dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan hasil dari kutipan tabung Skim Potongan Gaji (SPG) setiap anggota masyarakat yang menyumbang kepada YaPEIM.

Top

Comments are closed.

Top