YaPEIM » KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN UTAMA YaPEIM TERHADAP KETUA MENTERI SABAH

Terkini

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN UTAMA YaPEIM TERHADAP KETUA MENTERI SABAH

YaPEIM turut menjalankan program Celik Al-Quran Masyarakat (CQ-MAS) dalam membudayakan amalan membaca al quran di kalangan masyarakat Semporna, Sabah yang melibatkan 2,000 orang peserta terdiri daripada anak bajau laut dan masyarakat Semporna.

Pengurusan utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Hj. Apdal di pejabatnya di sini, petang tadi.

Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Haji Samsudin yang mengetuai pengurusan utama YaPEIM turut membincangkan beberapa program terbaru dengan Mohd Shafie, selain menjelaskan peranan institusi berkenaan dalam usaha meningkatkan sosioekonomi ummah khususnya di negeri Sabah.

Turut dibincangkan ialah ruang kerjasama bersama YaPEIM dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Melalui aspek meningkatkan pembangunan sosioekonomi di negeri Sabah, YaPEIM telah menawarkan pinjaman mikro kredit Ar Rahnu. Sehingga hari ini YaPEIM telah membuka 9 buah cawangan statik Ar Rahnu YaPEIM dan 2 buah perkhidmatan kaunter bergerak yapeim yang ditempatkan di Pulau Bum-Bum, Semporna dan di Kota Kinabalu.

Selain itu, melalui aspek pendidikan pula, YaPEIM telah memperkenalkan 3 program inspirasi iaitu inspirasi ramadhan, inspirasi upsr dan spm di seluruh negara termasuk di negeri Sabah dengan kumpulan sasar terdiri daripada pelajar yatim dan miskin dan pelajar yang memperolehi keputusan sederhana di sekolah.

Top

Comments are closed.

Top