YaPEIM » Konsep Rahmah, Asas Penting Bina Negara

Blog

Konsep Rahmah, Asas Penting Bina Negara

PEMILIHAN tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2019/1441H, iaitu Negara Rahmah Ummah Sejahtera dianggap bertepatan komitmen kerajaan ke arah membina Malaysia lebih kondusif untuk semua.

PUTRAJAYA 1 Sept.- PEMILIHAN tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2019/1441H, iaitu Negara Rahmah Ummah Sejahtera dianggap bertepatan komitmen kerajaan ke arah membina Malaysia lebih kondusif untuk semua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, konsep Rahmah selari dengan ajaran Islam sebagai agama rahmah yang mengajak manusia untuk menghormati, berkasih sayang, bertoleransi dan bersifat belas kasihan.

Beliau berkata, nilai-nilai murni dianjurkan dalam Islam sepertimana yang ditekankan oleh al-Quran antaranya berkasih sayang, dapat dilihat melalui konsep rahmah yang merupakan sebahagian dari asas utama dalam Gagasan Rahmatan Lil’alamin.

“Amalan Rahmah dianjurkan berteraskan Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin sebagai mana dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW ini merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuk besikap adil, berkasih sayang, bersangka baik dan berlembut, adalah antara amalan baik dalam membina serta menyuburkan kehidupan yang harmoni,” katanya dalam ucapan aluan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019 di PICC.

Majlis bermula 9.30 pagi itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah & Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain mencemar duli menyempurnakan majlis, Baginda berdua turut berkenan menyampaikan
Penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019 kepada Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang manakala agamawan terkenal Sheikh Abdullah Bin al-Mahfoudh Bin Bayyah dinobatkan sebagai Tokoh Antarabangsa.

Kedua-dua Tokoh Ma’al Hijrah itu layak menerima hadiah tunai sebanyak RM100,000 seorang selain pingat dan sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Top

Comments are closed.

Top