YaPEIM » Kerjasama Strategik Etiqa Takaful-YaPEIM Terus Ditambah baik

Blog

Kerjasama Strategik Etiqa Takaful-YaPEIM Terus Ditambah baik

KERJASAMA strategik dijalin Etiqa Takaful dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sejak 2018, terus ditambah baik melalui penawaran tiga lagi produk baharu mampu dilanggan semua lapisan masyarakat.

TELUK INTAN 29 Ogos – KERJASAMA strategik dijalin Etiqa Takaful dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sejak 2018, terus ditambah baik melalui penawaran tiga lagi produk baharu mampu dilanggan semua lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab. Halim berkata, ketiga-tiga jenis produk baru ditawarkan iaitu Kumpulan Mutiara PIusTakaful, Takaful Flexi PA dan Takaful Cash Care PA, mampu menyokong agenda meluaskan pelindungan takaful bagi semua kelompok rakyat terutamanya B40.

“Sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan insurans nasional terkemuka bercita-cita untuk mendapatkan seramai mungkin rakyat Malaysia dilindungi oleh perlindungan takaful, perkongsian strategik antara Etiqa Takaful dengan YaPEIM ini mampu memberikan manfaat kira-kira 700,000 ahli termasuk pelanggan dan kakitangan YaPEIM, dengan segmen besarnya kelompok rakyat B40.

“Inisiatif ini antara usaha dan komitmen bersama Etiqa Takaful dan YaPEIM untuk terus memberi khidmat dan bantuan berbaloi kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis pelancaran Tiga Produk Etiqa Takaful sempena Jalinan Rakan Korporat Koperasi YaPEIM & Etiqa di Ar-Rahnu YaPEIM, Teluk Intan di sini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan, Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi dan Pengurusan YaPEIM selain turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu.

Top

Comments are closed.

Top