YaPEIM » Keprihatinan YaPEIM Bantu Rakyat Dihargai

Blog

Keprihatinan YaPEIM Bantu Rakyat Dihargai

Keprihatinan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) terhadap aspek kebajikan rakyat kurang bernasib baik sentiasa dihargai, tepati fungsinya sebagai agensi pelaksana amal jariah.

ALOR SETAR 24 Nov 19 – Keprihatinan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) terhadap aspek kebajikan rakyat kurang bernasib baik sentiasa dihargai, tepati fungsinya sebagai agensi pelaksana amal jariah.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Zamri Yusuf berkata, inisiatif YaPEIM dalam membantu serta menyantuni warga memerlukan melalui Program Sinar Kasih adalah usaha terpuji, memberi kesan kondusif kepada waris mangsa bencana.

Beliau berkata bantuan awal kewangan itu secara langsung mengurangkan bebanan dihadapi oleh keluarga terlibat terutamanya dalam fasa kritikal yang terpaksa dilalui.

“Alhamdulillah syukur atas inisiatif YaPEIM tampil menyumbang sebanyak RM7,200 kepada waris Allahyarham Norhafizan Md Soleh, mangsa yang maut akibat disambar petir.

“Sumbangan awal diberikan mencakupi tempoh selama setahun menjadikan keadaan waris lebih tersusun sementara menunggu bantuan daripada agensi lain berwajib. Usaha ini amat dialukan dan terima kasih atas keprihatinan YaPEIM,” katanya.

Allahyarham Norhafizan dan anaknya Muhamad Haziq disambar petir dan disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Arwah tinggalkan balu Zarina Sulaiman bersama 3 anak.

“Saya redha atas pemergian arwah wang diterima akan dibelanjakan dengan sebaik mungkin serta keutamaannya adalah keperluan anak-anak,” kata Zarina.

Top

Comments are closed.

Top