YaPEIM » KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM).

Blog

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM).

Penjelasan Berkenaan Kekeliruan Masyarakat Terhadap Penggunaan nama YaPEIM.

Merujuk isu yang berbangkit, YaPEIM ingin menjelaskan bahawa, tidak ada kaitan malah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pengiklanan atau apa-apa hebahan, program aktiviti mengutip derma dan wakaf daripada masyarakat mahu pun kerjasama dianjur oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) atau pun mana-mana institusi berintonasi sebutannya hampir sama dengan institusi ini.

Memandangkan wujudnya nama dan intonasi beberapa institusi itu hampir sama dengan YaPEIM, dikhuatiri boleh menyebabkan kekeliruan masyarakat, yang sememangnya sudah maklum dan mengetahui aktiviti dan program atau skim yang telah dianjur mahupun diperkenal oleh YaPEIM selama ini.

Justeru YaPEIM menyeru orang ramai supaya membuat semakan mengenai latar belakang institusi terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa sahaja komitmen dengan layari laman web YaPEIM: www.yapeim.net.my.

Sebarang informasi atau pertanyaan berkaitan isu ini boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Korporat YaPEIM di talian 03-2717 2717 atau Fax 03-27172778 selain E-mel ke: responseyapeim@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Abibullah Haji Samsudin
Ketua Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM.
19 JANUARI 2019.

Top

Comments are closed.

Top