YaPEIM » Kebajikan pelajar SK Ulu Semenyih tidak diabaikan YaPEIM

Terkini

Kebajikan pelajar SK Ulu Semenyih tidak diabaikan YaPEIM

Jumlah bantuan tersebut membolehkan setiap pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin, yatim dan asnaf menerima tunai RM120 setiap seorang.

SEJUMLAH RM3,000 disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 25 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, Hulu Langat.

Delegasi YaPEIM yang diketuai oleh Muhammad Fazli Suhailin dan Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang menyerahkan sumbangan tunai tersebut sambil disaksikan oleh Guru Besar, Kamaruddin Salam @ Nor.

Sejumlah RM2.5 juta diperuntuk oleh YaPEIM untuk sumbangan tunai untuk Program Inspirasi Ramadan 2019 /1440H dijangka memanfaatkan kira-kira 14,000 penerima di 14 lokasi seluruh Negara.

Top

Comments are closed.

Top