YaPEIM » “Jom Sambut Ramadan” medan santuni komuniti setempat

Terkini

“Jom Sambut Ramadan” medan santuni komuniti setempat

Penganjuran program itu mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah sesi penyerahan sumbangan tunai kepada 15 buah Masjid.

PARIT BUNTAR 4 Mei 2019 – Program Jom Sambut Ramadhan berlangsung di Masjid Daerah Kerian Parit Buntar, menjadi medan yang interaktif bagi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menyantuni komuniti setempat.

Selain itu, turut ditampilkan beberapa buah booth pameran antaranya Kaunter Bergerak Arrahnu YaPEIM, YaPEIM’s Mart dan kaunter bayaran saman yang dibuka untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan pembayaran saman yang masih tertunggak.

Di samping diserikan kehadiran Mujahid, program yang sama turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil agensi daripada YaPEIM, MAIWP, Yayasan Taqwa dan lain-lain.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, Program Jom Sambut Ramadan adalah sebahagian dari aktiviti yang dirancang untuk menyantuni rakyat Di akar umbi serta menjadi saluran melestarikan konsep Rahmatan Lil’alamin untuk rakyat Malaysia.

Top

Comments are closed.

Top