YaPEIM » Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke-48 Tahun 2019

Blog

Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke-48 Tahun 2019

SERAMAI 12 graduan cemerlang terpilih menerima Anugerah Khas Industri tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-48, tahun ini.

IPOH 22 Ogos 2019 – SERAMAI 12 graduan cemerlang terpilih menerima Anugerah Khas Industri tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-48, tahun ini.

Kesemua penerima merupakan pelajar Jabatan Perdagangan yang mengikuti pengajian Diploma Akauntansi dan Diploma Kewangan & Perbankan Islam sesi tahun 2017 menerima penganugerah yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail, sambil disaksikan oleh Pengarah PUO, Dr. Zairon Mustapha.

Pemilihan mereka dibuat berdasarkan penilaian prestasi akademik cemerlang, produktif semasa sesi latihan industri dan mempamerkan sahsiah diri yang berketerampilan.

Dalam Majlis Istiadat Konvokesyen PUO Ke-48, sidang kelima hari ini menyaksikan seramai 437 graduan menerima skrol Diploma masing-masing terdiri daripada 49 orang pelajar bidang Kejuruteraan Perkapalan dan 388 pelajar Jabatan Perdagangan.

Top

Comments are closed.

Top