YaPEIM » Inspirasi YaPEIM untuk SR dan SPM akan dilaksanakan diseluruh negara

Blog

Inspirasi YaPEIM untuk SR dan SPM akan dilaksanakan diseluruh negara

Objektif bengkel ini diadakan adalah menyediakan soalan-soalan ramalan, latih tubi dan soalan-soalan tambahan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan UPSR/SPM tahun 2019 akan datang.

Inspirasi YaPEIM untuk SR dan SPM akan dilaksanakan bermula pada bulan jun diseluruh negara yang melibatkan sejumlah 116,000 pelajar di 145 daerah di seluruh negara.

Sejak 2016, bagi kesinambungan perlaksanaannya, YaPEIM meneruskan lagi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sejumlah RM 5.7 juta telah diperuntukan bagi perlaksanaanya di seluruh negara

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang dalam pembangunan modul pelajar menerusi Bengkel Pembangunan Modul Inspirasi YaPEIM SR & SPM 2019 (Pelajar) bermula pada 25 – 28 Mei 2019.

Seramai 20 orang Guru Cemerlang dari serata Negeri telah terlibat dalam membangunkan modul tersebut untuk digunakan dalam kelas intensif bagi para pelajar SR dan SPM dari kategori HALUS & GALUS.

Modul yang dibangunkan bagi pelajar SR adalah subjek Matematik dan Bahasa Inggeris, manakala bagi pelajar SPM modul yang dibangunkan adalah Bahasa Melayu dan Sejarah.

Modul ini akan digunakan oleh Pelajar-pelajar dalam Program Bengkel Murid HALUS/GALUS yang akan diadakan di seluruh negara dengan mensasarkan modul ini kepada pelajar tahun enam yang menduduki peperiksaan UPSR dan pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM terutamanya bagi subjek wajib lulus bagi setiap peperiksaan

Top

Comments are closed.

Top