YaPEIM » INISIATIF YaPEIM DAN PETRO TEGOH SDN BHD DALAM MENINGKATKAN ASPEK KEUSAHAWANAN

Terkini

INISIATIF YaPEIM DAN PETRO TEGOH SDN BHD DALAM MENINGKATKAN ASPEK KEUSAHAWANAN

Peserta juga telah dijelaskan berkaitan peranan YaPEIM dalam pembukaan kiosk usahawan YaPEIM / mart disetiap lokasi PCS yang bakal dibuka di Negeri Sarawak.

25 Ogos 2018 – YaPEIM dengan kerjasama Petro Tegoh Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mengadakan satu taklimat kepada usahawan khususnya di Negeri Sarawak dalam pemilikan kiosk petrol berkonsepkan Portable Container System ( PCS).

Taklimat telah berlangsung di Kuching yang telah dihadiri lebih kurang 100 orang dari pelbagai bidang dan perusahaan.

Program ini dihadiri oleh Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Samsudin; Pengarah Urusan Petro Teguh, Dato Azmin Mustam; serta Pegawai dari kedua belah pihak.

Acara telah dimulai dengan ucapan aluan dan taklimat berkaitan aktiviti YaPEIM yang telah disampaikan oleh Dato’ Abibullah Samsudin.

Seterusnya, Dato’ Azmin Mustam menerangkan tentang bagaimana para peserta dapat menyertai program pemilikan PCS ini secara terperinci yang akan memberi manfaat kepada nelayan-nelayan di kawasan luar bandar, malah kepada penduduk setempat dengan akses kepada stesen PCS ini.

Sepanjang taklimat berlangsung, para peserta telah menunjukkan minat yang mendalam kepada projek ini.

Top

Comments are closed.

Top