YaPEIM » Inisiatif Foodbank YaPEIM Beri Impak Positif

Blog

Inisiatif Foodbank YaPEIM Beri Impak Positif

Inisiatif yang diambil oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Program Foodbank YaPEIM 1.0 menepati keperluan terutama dalam menyantuni golongan sasar rakyat di akar umbi.

KUALA LUMPUR 31 Okt 19 – Inisiatif yang diambil oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Program Foodbank YaPEIM 1.0 menepati keperluan terutama dalam menyantuni golongan sasar rakyat di akar umbi.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh berkata, pelaksanaan program tersebut ternyata memberi impak positif dengan fokusnya membantu rakyat Kumpulan B40 serta kalangan pelajar asnaf yang menuntut di Insitusi Pengajian Tinggi sebagai penerima manfaat.

Beliau berkata, inisiatif diambil YaPEIM melalui Program Foodbank amat bermakna khususnya bagi keluarga yang berpendapatan rendah dalam mengurangkan belanja harian.

“Syabas dan tahniah kepada YaPEIM dan semua pihak terlibat secara langsung dalam menjayakan program Foodbank yang menjadi instrumen amat kondusif bagi membantu rakyat memerlukan.

“Program selama setahun ini memperuntukkan sejumlah RM4 juta yang dijangka memanfaatkan 242,600 orang. Setakat 31 Oktober, Foodbank ini telah disalurkan kepada 18,610 penerima dengan RM1,081,460 dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran Foodbank YaPEIM 1.0 Peringkat Nasional di Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan.

Top

Comments are closed.

Top