YaPEIM » IMARAH RAMADHAN: YaPEIM sumbang tunai

Blog

IMARAH RAMADHAN: YaPEIM sumbang tunai

Semua kalangan pelajar yang menerima bantuan disalur oleh YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan ini adalah tergolong di dalam kelompok rakyat kurang mampu (B40) yang memerlukan & ini kali pertama mereka menerimanya.

SARAWAK 9 Mei – SERAMAI 122 pelajar dari tiga buah sekolah di sekitar Daerah Miri & Samarahan, dipilih menerima bantuan sumbangan tunai bersempena Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Lokasi pertama program kebajikan & amal jariah diadakan di Kolej Vokasional Miri, menyaksikan seramai 52 pelajar kurang berkemampuan terpilih menerima tunai RM120 seorang, yg disampaikan wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Fazli bin Nasulun.

Turut hadir, Suhaibi Saleh selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) mewakili sekolah bagi meraikan kehadiran delegasi YaPEIM sambil juga menzahirkan terima kasih di atas sumbangan.

Seterusnya, lokasi Sek Keb Agama Ibnu Khaldun pula menyaksikan seramai 35 pelajar menerima sumbangan tunai dengan jumlah yang sama dan disampaikan oleh wakil PPYN Sarawak sambil di saksikan oleh Guru PK1; Naser Haji Ramli & Guru PKHEM; Hadis Nian.

Akhir sekali, seramai 35 orang pelajar di Sekolah Keb. Kampung Baru yang menerima sumbangan tunai juga RM120 setiap seorang. Majlis ringkas Penyerahan sumbangan itu turut disaksikan oleh Guru Besar, Yazibah Derahman.

Top

Comments are closed.

Top