YaPEIM » Imarah Ramadan, YaPEIM salur bantuan pelajar

Terkini

Imarah Ramadan, YaPEIM salur bantuan pelajar

Kalangan pelajar yang menerima bantuan disalurkan oleh YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan itu tergolong dalam kelompok rakyat B40 yang serba memerlukan dan kali pertama merasainya.

SERAMAI 60 pelajar dari dua buah sekolah di Samarahan, dipilih menerima sumbangan dalam Program Inspirasi Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Tahun 2019/1440 Hijrah.

Lokasi pertama serahan amal jariah ini di Sekolah Kebangsaan Dato Traoh Muara Tuang menyaksikan seramai 30 pelajar kurang berkemampuan menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang, disampaikan oleh wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Siti Aminah Dollah.

Turut hadir, Guru Besar, Mohammad Mokhtar A. Razak yang meraikan kehadiran kali pertama delegasi YaPEIM ke sekolah tersebut sambil menzahirkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang disalurkan.

Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan Dato Mohd. Musa, Samarahan menyaksikan seramai 30 pelajar turut menerima sumbangan tunai dengan jumlah yang sama disampaikan wakil PPYN Sarawak sambil ditemani Guru Besar sekolah, Anai Johar.

Top

Comments are closed.

Top