YaPEIM » Hidup budaya membaca dan hayati Al-Quran melalui Program CQ-MAS

Blog

Hidup budaya membaca dan hayati Al-Quran melalui Program CQ-MAS

Mereka akan mengajar anak-anak murid yang disediakan senarai oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang dijangka berjumlah 3600 orang bermula Februari 2019.

BEAUFORT 26 Jan 19 – Sejumlah 36 peserta telah mengikuti Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) bagi program Celik Quran Masyarakat (CQ-MAS) 2019 Kaedah Abahata di Masjid Daerah Beaufort, Beaufort di sini.

Siri latihan yang berjalan serentak di 3 lokasi iaitu Papar, Membakut dan juga Beufort menyaksikan kira-kira seramai 120 orang tenga pengajar akan dilatih selama 3 hari oleh guru-guru daripada Institut IPAQ.

Penganjuran TOT hasil inisiatif oleh Yayasan Pebangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah; Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jakim; Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JAHEINS); Jabatan Pelajaran Sabah; Pejabat Daerah Papar; Beufort dan Membakut.

IPAQ selaku urusetia TOT bagi tahun yang kedua, melibatkan kalangan tenaga pengajar dari Sekolah Agama Negeri dan Guru Kafa Jakim bertujuan menghidupkan budaya membaca dan mengajar Al-Quran dalam kalangan masyarakat setempat menggunakan kaedah Abahata.

Inisiatif YaPEIM melalui program CQ-MAS yang masuki tahun kedua penganjurannya adalah untuk memperkasa golongan muda celik al-Quran dalam kalangan masyarakat seterusnya menyahut aspirasi YaPEIM bagi membangunkan modal insan berketerampilan, mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik serta betul.

Semua tenaga pengajar tersebut akan menggunakan kaedah / modul Abahata diyakini berupaya membantu memudahkan bacaan al-Quran dalam kalangan anak-anak, apabila tenaga pengajar ini menguasai tekniknya dan diguna pula dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.


Top

Comments are closed.

Top