YaPEIM » Forum Perdana Ehwal Islam “Ramadan Menjana Peribadi Rahmah “

Terkini

Forum Perdana Ehwal Islam “Ramadan Menjana Peribadi Rahmah “

Hadir dengan tema “Ramadan Menjana Peribadi Rahmah” forum kali ini disiar secara langsung di saluran TV1 menampilkan penceramah terkenal sebagai ahli panelnya iaitu, Ustaz Asyraf Mohd. Ridzuan bersama Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dengan moderatornya Ustaz Zakaria Othman.

PULAU PINANG 2 Mei 2019 – YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama 4 lagi agensi menjadi antara tulang belakang penganjuran bagi penganjuran program Forum Perdana Ehwal Islam, edisi 2 Mei 2019 yang diadakan di Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Forum kali ini menyaksikan lebih 1,000 penonton hadir mendengar kupasan dibawakan oleh ahli panel yang berwibawa sambil dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bersama beberapa ketua agensi persekutuan dan negeri.

Selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penganjur utama siaran langsung kali ini, majlis penuh bermakna itu turut disokong YaPEIM; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Tabung Haji; Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Yayasan Taqwa.

Bagi mereka yang berminat, boleh ikuti siaran ulangannya di : http://www.tvjakim.my/live.

Top

Comments are closed.

Top