YaPEIM » FIJO 2019: Medan Perkenal Produk YaPEIM

Blog

FIJO 2019: Medan Perkenal Produk YaPEIM

Festival berlangsung mulai 28 hingga 31 Mac di Persada Convention Centre, Johor Bahru itu telah menarik lebih 200 pempamer serta dihadiri lebih 15,000 pengunjung di hari pertama pembukaan.

JOHOR BAHRU 28 Mac – PENAMPILAN sembilan produk dan pekhidmatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersempena Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor 2019 (FIJO2019) menjadi medan terbaik memperkenal produk dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Bagi YaPEIM, penyertaan sembilan produk Dan perkhidmatan dikendali iaitu Ar-Rahnu YaPEIM; YaPEIM GOLD; YaPEIM Smart Venture; YaPEIM Smart; CMASA.my; Tabung Ibadah Qurban; Kad Privilege YaPEIM; Pembangunan Ekonomi & Amal Jariah YaPEIM dan E-Library.

Pelbagai jenis produk usahawan Halal tempatan dan antarabangsa telah ditampilkan pada festival yang pertama kali diadakan itu menjadi penanda aras bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Johor di mana dijangka lebih 1,000 produk Halal dihasilkan pengusaha tempatan telah mengambil bhagian meliputi pelbagai produk makanan dan minuman, kosmetik serta perkhidmatan Halal.

Selain penglibatan usahawan tempatan, festival selama empat hari itu turut disertai oleh peserta pameran dari 7 negara antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, Perancis, United Kingdom, Turki dan Syria.

Sementara itu, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pasaran halal sekitar RM1,856 billion setiap tahun. Pasaran halal yang meningkat ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman serta luar menjadikannya antara pasaran kompetetif.

Top

Comments are closed.

Top