YaPEIM » Dua Pelanggan Setia Ar-Rahnu Diiktiraf Sebagai Sahabat YaPEIM

Blog

Dua Pelanggan Setia Ar-Rahnu Diiktiraf Sebagai Sahabat YaPEIM

Dua pelanggan Ar Rahnu YaPEIM terpilih menerima pengiktirafan sebagai Sahabat YaPEIM hasil kesetiaan mereka selama ini menggunakan perkhidmatan Skim Mikro Kredit pajak gadai Islam yang disediakan.

TELUK INTAN 29 Ogos – Dua pelanggan Ar Rahnu YaPEIM terpilih menerima pengiktirafan sebagai Sahabat YaPEIM hasil kesetiaan mereka selama ini menggunakan perkhidmatan Skim Mikro Kredit pajak gadai Islam yang disediakan.

Penyerahan plak sebagai simbolik perlantikan itu disampaikan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Pn. Parihah Hasan kepada penerimanya, En. Abdul Manaf Mydin, Pengusaha Restoran Mydin Corner serta
Restoran Mydin Kari Kepala Ikan di Teluk Intan.

Seorang lagi pelanggan setia Ar-Rahnu YaPEIM ialah Pn. Sardiah Mohd. Yunus, pengusaha Rumah Makan Chili yang turut diiktiraf sebagai Sahabat YaPEIM hasil kesetiaanya menggunakan khidmat Skim Mikro Kredit pajak gadai patuh Syariah itu sejak tahun 2012 lagi.

Sesi kunjungan mesra turut disertai pengurusan kanan YaPEIM itu adalah sebahagian usaha bagi mendekati dan mendapat maklumat berkaitan perkembangan perniagaan diurus selain menzahirkan penghargaan YaPEIM atas jasa pelanggan setia selama ini menyokong produk Ar-Rahnu YaPEIM.

Bagi Abdul Manaf, pembiayaan kewangan mudah dan berbaloi ditawarkan oleh Ar-Rahnu YaPEIM telah memberi manfaat bagi kalangan usahawan sepertinya untuk mendapat modal pusingan perniagaan dan meluaskan lagi rangkaian restoran makanan yang diusahakannya sejak lewat tahun 1990-an.

“Kemudahan pembiayaan Ar-Rahnu YaPEIM telah membantu saya kembangkan perniagaan yang diuruskan. Alhamdulillah, kami sudah miliki lima cawangan Restoran Mydin hasil dari kemudahan yang disediakan.

“Tempoh mendapatkan wang pembiayaan cepat dan mudah, malah kadar caj 1% yang dikenakan, saya rasa ia sangat baik dan kompetitif,” katanya.

Bagi Sardiah, perkhidmatan Ar-Rahnu YaPEIM telah membantunya dalam pelbagai aspek termasuk menambahbaik perniagaan makanan yang diusahakannya selain membeli serta memiliki hartanah dan lain-lain.

Top

Comments are closed.

Top