YaPEIM » CQ-MAS @ Papar, Jumaat 25 Jan 19 di Masjid Jamek As-Salam, Kg Benoni

Terkini

CQ-MAS @ Papar, Jumaat 25 Jan 19 di Masjid Jamek As-Salam, Kg Benoni

Menghidupkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam komuniti melalui Program CQ-MAS

PAPAR 25 Jan 19 – Sejumlah 45 peserta untuk sedang mengikuti Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) bagi program Celik Quran Masyarakat (CQ-MAS) 2019 Kaedah Abahata di daerah Papar, di sini.

Siri latihan TOT ini berjalan serentak di 3 daerah iaitu Parar, Beufort dan Membakut. Seramai 120 orang tenaga pengajar sedang dilatih selama 3 hari oleh guru-guru daripada IPAQ.

Penganjuran TOT ini ialah hasil inisiatif Yayasan Pebangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jakim, Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JAHEINS), Jabatan Pelajaran Sabah, Pejabat Daerah Papar, Beufort dan Membakut. Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) selaku urusetia TOT yang melibatkan kalangan tenaga pengajar dari Sekolah Agama Negeri dan Guru Kafa Jakim bertujuan menghidupkan budaya membaca dan mengajar Al-Quran dalam kalangan masyarakat setempat menggunakan kaedah Abahata.

Inisiatif YaPEIM melalui program C-MAS yang masuki tahun kedua penganjurannya adalah untuk memperkasa golongan muda celik al-Quran dalam kalangan masyarakat seterusnya menyahut aspirasi YaPEIM bagi membangunkan modal insan berketerampilan, mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik serta betul.

Semua tenaga pengajar tersebut akan menggunakan kaedah / modul Abahata diyakini berupaya membantu memudahkan bacaan al-Quran dalam kalangan anak-anak, apabila tenaga pengajar ini menguasai teknik ini dan diguna pula dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Mereka akan mengajar anak-anak murid yang disediakan senarai oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang dijangka berjumlah 3600 orang bermula Februari 2019.

Top

Comments are closed.

Top