YaPEIM » CQ-MAS @Masjid Cahaya Iman, Membakut, Sabah – Jumaat 25 Jan 19

Blog

CQ-MAS @Masjid Cahaya Iman, Membakut, Sabah – Jumaat 25 Jan 19

Inisiatif yang diambil bertujuan untuk menghidupkan budaya membaca dan mengajar Al-Quran di dalam kalangan masyarakat setempat, seterusnya melahirkan modal insan negara yang berketerampilan.

Program CQ-MAS saluran tepat Marakkan bacaan dan hayati al-Quran dalam komuniti

MEMBAKUT 25 Jan 19 – Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) bagi Program Celik Quran Masyarakat (CQ-MAS) 2019, di Masjid Cahaya Iman, disertai seramai 35 orang peserta.

Kursus pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Abahata yang dibangunkan oleh Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) menyaksikan ramai kalangan tenaga pengajar mengikuti kelas teruja untuk mengaplikasikanya kepada para pelajar.

Siri latihan TOT ini berjalan serentak di 3 daerah iaitu Papar, Beufort dan Membakut. Seramai 120 orang tenaga pengajar sedang dilatih selama 3 hari oleh guru-guru daripada IPAQ.

Penganjuran siri kursus hasil inisiatif Yayasan Pebangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jakim, Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JAHEINS), Jabatan Pelajaran Sabah, Pejabat Daerah Papar, Beufort dan Membakut, melibatkan kalangan tenaga pengajar dari Sekolah Agama Negeri dan Guru Kafa Jakim.


Top

Comments are closed.

Top