YaPEIM » BERSAMA MENGIMARAH RAMADHAN

Blog

BERSAMA MENGIMARAH RAMADHAN

KIRA-KIRA 100 orang kakitangan termasuk warga pengurusan YaPEIM tidak melepaskan peluang untuk bersama mengimarah Ramadan sebagai bulan yang penuh keberkatan.

Hari ini, tanggal 5 Ramadan bertempat di Dewan Utama YaPEIM, semua kakitangan di Ibu Pejabat berkumpul dalam suasana ceria untuk bersama menjayakan Program Ihya’ Ramadan 1440H yang dikendalikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dr. Zaharudin Abdul Rahman.

Sebagai penceramah Agama terkenal, Dr Zaharudin menyampaikan tazkirah yang bertajuk “Bulan Penyucian Jiwa : Muhasabah Seorang Pendosa” diikuti penuh minat oleh semua yang hadir untuk mengambil iktibar memperbaiki diri.

Selain menjadi medan untuk bermuhasabah diri, program Ihya Ramadan ini dilihat menyediakan ruang terbaik untuk kakitangan YaPEIM menjalin silaturahim seterusnya dapat membina ukhwah sesama umat Islam.

Top

Comments are closed.

Top