YaPEIM » 80 pelajar terima bantuan Inspirasi Ramadhan YaPEIM 2019/1440H di DUNGUN.

Blog

80 pelajar terima bantuan Inspirasi Ramadhan YaPEIM 2019/1440H di DUNGUN.

Sumbangan tunai kepada 20 pelajar SMK Seri Dungun disaksikan oleh Guru Besar, Pn Hajah Che Zaliha Binti Ibrahim.

KALANGAN pelajar dari daerah Dungun terpilih menerima bantuan berbentuk sumbangan tunai bernilai RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM.

Kesemua penerima 80 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah di daerah Dungun menerima bantuan di sekolah masing-masing yang disampaikan oleh wakil PPYN, Puan Kartina Ahmad.

Selain pelajar SMK Seri Dungun, 20 pelajar Pasir Raja turut menerima sumbangan Inspirasi Ramadan YaPEIM sebanyak RM120 seorang. Penyerahan disaksikan Pn Rosma Binti Sulaiman, PK Pendidikan.

Sementara itu, Program Inspirasi Ramadan YaPEIM turut membolehkan 20 pelajar SK (Felda) Kerteh 1, Dungun menerima sumbangan tunai yang sama dan juga 20 pelajar SK Batu 48, Dungun.

Sejumlah RM9,600 telah disalurkan oleh YaPEIM kepada pelajar sekolah di daerah Dungun setakat ini. Kesemua mereka 80 pelajar telah menerima RM120 setiap seorang yang terdiri daripada kalangan anak-anak Yatim, Miskin dan kurang berkemampuan.

Top

Comments are closed.

Top