YaPEIM » 80 pelajar di Kelantan, terima sumbangan tunai YaPEIM

Blog

80 pelajar di Kelantan, terima sumbangan tunai YaPEIM

Sejumlah RM9,600 disumbangkan dalam penyerahan tunai di dua daerah di Kelantan ini yang disampaikan oleh Pegawai YaPEIM, Abdullah Umar dan Azman Zakaria.

SERAMAI 80 orang pelajar dari empat buah sekolah di Kelantan setakat ini, telah menerima sumbangan tunai yang diserahkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Penyerahan bantuan tunai RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019 / 1440H mensasarkan kelompok penerima terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan keluarga susah.

Berdasarkan pecahan, seramai 20 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai terpilih menerima bantuan sebagai persediaan menyambut Raya Aidilfitri. Majlis penyerahan dihadiri Pegawai Penyelia Hal-Ehwal Murid, PPD Kuala Krai, Mohd. Sanusi Salleh selain Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah, Zulkifli Yusof dan Penolong Kanan HEM, Raja Norsiah Raja Ali.

Selain itu, 20 pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 , Kuala Krai turut mendapat bantuan tunai kali ini, diikuti 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sultan Yahya Petra 1 dan SK Chiku 2, Gua Musang seramai 20 orang pelajar turut menerimanya.

Top

Comments are closed.

Top