YaPEIM » 67 Anak Yatim Daripada 21 Keluarga Diraikan

Blog

67 Anak Yatim Daripada 21 Keluarga Diraikan

Penganjuran acara julung kali diadakan katanya, adalah bagi menzahirkan penghargaan YaPEIM kepada para penyumbang yang selama ini sangat pasif menyokong amal kebajikan dilaksanakan.

PUTRAJAYA 2 Nov 19 – Nasib malang menimpa 67 orang anak-anak yatim yang kehilangan ibu-bapa akibat musibah yang berlaku, tidak pernah sekali dilupakan.

Sebaliknya pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksana oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) untuk membela nasib & kebajikan mereka yang memerlukan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd. Daud Bakar berkata, pendekatan diambil melalui pelbagai inisiatif berkebajikan itu merupakan sebahagian usaha untuk membantu kalangan anak-anak yatim dan asnaf yang serba memerlukan.

Beliau berkata, YaPEIM sentiasa komited dalam membela kebajikan warga yang kurang bernasib seterusnya memberikan sinar baharu kehidupan masa depan yang lebih positif.

Penganjuran acara julung kali diadakan katanya, adalah bagi menzahirkan penghargaan YaPEIM kepada para penyumbang yang selama ini sangat pasif menyokong amal kebajikan dilaksanakan.

“Ini secara tidak langsung menjadi medan untuk kita menghebahkan mengenai jenis program dan aktiviti dilakukan menggunakan kutipan tabung Amanah YaPEIM hasil sumbangan orang ramai.

“Untuk rekod, Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM hingga kini mencatatkan seramai 278,926 orang penyumbang mengikhlaskan sumbangan mereka menginfaq sebahagian dari pendapatan bulanan kepada YaPEIM sejak skim diperkenal pada 1985.

“Hasil sumbangan tersebut telah membolehkan YaPEIM laksanakan program-program kebajikan dan amal jariah bagi menyantuni golongan sasar mencapai objektif ‘Memacu Kejayaan Bersama,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi Penyumbang SPG YaPEIM di Dewan Bora Ombak Putrajaya.

Selain 67 kanak-kanak daripada 21 buah keluarga sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang telahpun menerima manfaat melalui Program Sinar Kasih YaPEIM, para penyumbang setia SPG turut hadir dan diraikan dalam majlis pertama kali diadakan.

Top

Comments are closed.

Top