YaPEIM » 626 Peserta Jayakan Program Khatam Al-Quran Perdana YaPEIM

Blog

626 Peserta Jayakan Program Khatam Al-Quran Perdana YaPEIM

Komitmen YaPEIM memartabat Al-Quran melalui pembacaan dan penghayatan diteruskan dengan penganjuran Majlis Khatam Perdana CQ-MAS sebagai kesinambungan menyebar luas syiar Islam dalam kalangan masyarakat di beberapa daerah di Sabah

SEMPORNA 21 Ogos 2019 – SERAMAI 626 peserta daripada 2004 orang terlibat dalam menjayakan majlis Khatam Perdana CQ-Mas anjuran YaPEIM berlangsung di Dewan Masyarakat Semporna, di sini.

Majlis ilmu tersebut disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Tuan Haji Mukhtar Ramli turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan serta pengurusan kanan agensi.Turut hadir Ybhg. Dato Dr Zulkifli Yusof, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Pengajian AlQuran (IPAQ)Peserta Majlis Khatam tersebut adalah pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran dengan baik setelah mengikuti Program Inspirasi CQ-Mas dengan menggunakan kaedah ABAHATA kendalian IPAQ, juga merupakan usaha murni YaPEIM mendidik masyarakat celik Al-Quran.

Program Inspirasi CQ-Mas bukan sahaja bermanfaat malahan efektif apabila kebanyakan pelajar boleh membaca Al Quran dengan baik dalam tempoh masa 30 jam berasaskan kaedah ABAHATA.

Program perintis dimulakan di Semporna pada Januari hingga Mei tahun lalu, melibatkan kos perbelanjaan RM298,490 membolehkan seramai 2,004 orang pelajar sekolah rendah dan anak-anak Bajau Laut berusia 7 hingga 12 tahun menjadi celik Al-Quran hasil didikan oleh 57 tenaga pengajar.

Inisiatif dakwah melalui pendidikan ini diteruskan ke tiga daerah lain iaitu Papar, Beaufort dan Membakut, melibatkan seramai 1,147 orang pelajar selain 114 orang guru.

Komitmen YaPEIM memartabat Al-Quran melalui pembacaan dan penghayatan diteruskan dengan penganjuran Majlis Khatam Perdana CQ-MAS sebagai kesinambungan menyebar luas syiar Islam dalam kalangan masyarakat di beberapa daerah di Sabah.

Top

Comments are closed.

Top