YaPEIM » 50 pelajar di Sepang terima bantuan tunai

Terkini

50 pelajar di Sepang terima bantuan tunai

Majlis berlangsung santai namun amat bermakna itu telah disaksikan sendiri oleh Guru Besar dan Pegawai PPD Sepang yang turut menyatakan harapan tinggi mereka terhadap kesungguhan YaPEIM membantu meringankan beban pelajar yang serba kekurangan.

LAPORAN PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 1440H/2019 DI DAERAH SEPANG

SEPANG 13 Mei – SEJUMLAH 50 orang pelajar dari dua buah sekolah di sekitar daerah Sepang terpilih menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Semua pelajar daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan itu masing-masing terdiri daripada 25 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rawang dan Sekolah Menengah (SM) Pantai Sepang Putra (25 orang) yang terletak di sekitar Daerah Sepang

Wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Muhammad Fazli Suhailin telah diamanah menyerahkan sumbangan tunai itu kepada ke semua 50 orang pelajar terpilih di kedua-dua buah sekolah tersebut.

Dalam pada itu, para pelajar dan warga kakitangan SK Kampung Rawang dan SM Pantai Sepang Putra turut menzahirkan setinggi penghargaan atas inisiatif YaPEIM menyerahkan sumbangan buat kali pertama kepada ke semua penerima.

Sumbangan tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 itu adalah bertujuan mengimarah Ramadan tahun ini yang merupakan sebahagian inisiatif YaPEIM dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan hasil dari kutipan tabung Skim Potongan Gaji (SPG) setiap anggota masyarakat yang menyumbang kepada YaPEIM.

Top

Comments are closed.

Top