YaPEIM » 448 orang anak2 yatim & miskin sekitar Parlimen Parit Buntar, diraikan di majlis Iftar Perdana Inspirasi YaPEIM Peringkat Negeri Perak

Blog

448 orang anak2 yatim & miskin sekitar Parlimen Parit Buntar, diraikan di majlis Iftar Perdana Inspirasi YaPEIM Peringkat Negeri Perak

“Usaha YaPEIM membantu menyantuni warga masyarakat melalui pelbagai program tidak pula terhenti malah sering dipergiatkan dari semasa ke semasa demi membela kebajikan golongan yang memerlukan.

SERAMAI 448 orang anak-anak yatim dan miskin sekitar Parlimen Parit Buntar, diraikan dalam satu majlis Iftar Perdana Inspirasi YaPEIM Peringkat Negeri Perak, berlangsung di Dewan Kerian Permai, di sini.

Majlis imarah Ramadan yang dianjur sepenuhnya oleh YaPEIM adalah antara inisiatif diambil bagi meraikan warga serba memerlukan, seterusnya menghadirkan sinar gembira untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Selain disantuni dengan majlis iftar, mereka turut berpeluang beramah mesra dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang turut menyempurnakan majlis hari ini.

Menurut Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi YaPEIM, Mohd. Zamri Zakaria, inisiatif yang diambil adalah bukti komitmen YaPEIM dalam membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu kata beliau, ia juga menjadi ruang baik bagi YaPEIM mendekati serta menyantuni warga masyarakat seterusnya mengimarah Ramadan sebagai bulan yang mulia penuh keberkatan.

“YaPEIM sangat fokus dengan program bantuan dan sumbangannya untuk rakyat di akar umbi, di mana melalui Program Inspirasi Ramadan 2019 sejumlah RM2.5 juta diperuntuk kepada 14,000 penerima seluruh negara,” katanya berucap pada majlis Iftar Perdana Inspirasi YaPEIM Peringkat Negeri Perak, hari ini.

Sementara itu, ke semua 448 anak-anak Yatim dan miskin ini turut menerima sumbangan tunai RM100 setiap seorang atau sejumlah RM44, 800 keseluruhan diperuntukan YaPEIM kepada warga memerlukan ini disamping mendapat cenderahati berupa produk usahawan YaPEIM bernilai RM20 setiap penerima.

Top

Comments are closed.

Top