YaPEIM » 400 Pelajar UIAM disantuni Foodbank YaPEIM

Blog

400 Pelajar UIAM disantuni Foodbank YaPEIM

Seramai 400 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia disantuni Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) melalui agihan makanan Ready To Eat (RTE).

GOMBAK 23 Okt 19 – Seramai 400 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia disantuni Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) melalui agihan makanan Ready To Eat (RTE).

Inisiatif hasil Program Foodbank YaPEIM 1.0 itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kos belanja para pelajar yang kebanyakkannya dalam kalangan asnaf dan miskin yang layak dibantu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, pendekatan yang diambil adalah sebahagian usaha kebajikan dengan fokusnya meluaskan kelompok penerima bantuan mencakupi pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, usaha murni itu tepati keperluan semasa menyaksikan segelintir pelajar terpaksa berdepan kekangan kewangan.

“YaPEIM optimis untuk luaskan dan pelbagaikan kaedah sumbangan secara bersasar keutamaan membantu warga memerlukan. Kita berterima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM membolehkan misi kebajikan serta amal jariah ini dilaksanakan.

“Program Foodbank YaPEIM peruntuk RM4 juta bagi luaskan aktiviti amal jariah berimpak kepada golongan B40 dan para pelajar. Semoga kesaling hubungan ini bukan seketika tetapi diperkasa ke arah melestarikan kebajikan dan perkukuh modal insan,” katanya semasa Program Agihan Bantuan RTE Foodbank YaPEIM 1.0 di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak.

Turut hadir Presiden Alumni UIAM, Khalid Awang; Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah hasan dan barisan pengurusan kanan agensi yang turut bersama mengimarahkan majlis serta berkongsi kemakmuran dengan menyantuni golongan yang memerlukan.

Top

Comments are closed.

Top