YaPEIM » 40 pelajar miskin di Bachok & Kota Bharu dibantu

Terkini

40 pelajar miskin di Bachok & Kota Bharu dibantu

Untuk rekod, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan oleh YaPEIM untuk program sepanjang Ramadan ini dengan sasarannya membantu 14,000 warga yang memerlukan di semua 14 negeri.

KELANTAN 12 Mei – Destinasi jelajah sempena Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H kali ini adalah di daerah Bachok dan Kota Bharu, Kelantan.

Kesemua 40 pelajar miskin dan asnaf yang serba memerlukan masing-masing 20 orang di Sekolah Kebangsaan Pok Pugho, Bachok dan selebihnya Sekolah Kebangsaan Sabak, Kota Bharu, terpilih menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang hasil kutipan tabung Amal Jariah YaPEIM.

Selain Guru Besar, Suria Fitriah Mustapha, majlis penyampaian sumbangan di SK Pok Pugho turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, Yusran Yaakub sambil meluangkan masa menyantuni 20 pelajar.

Sementara itu, di SK Sabak, Kota Bharu pula, sesi penyerahan sumbangan disaksikan Guru Besar, Engku Mat Nasir Tuan Yusof ditemani l Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Aliza Abd Rahman.

Secara keseluruhan, sebanyak RM4,800 telah pun diagihkan oleh YaPEIM kepada pelajar kedua-dua sekolah tersebut melalui inisiatif amal jariah bagi Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini.

Top

Comments are closed.

Top