YaPEIM » 4 Sekolah di Daerah Tanah Merah dan Bachok, 100 pelajar terima bantuan YaPEIM

Blog

4 Sekolah di Daerah Tanah Merah dan Bachok, 100 pelajar terima bantuan YaPEIM

Sumbangan tunai kepada 20 pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah disaksikan oleh Guru Besar, En Zahari Bin Ismail.

KALANGAN pelajar dari dua daerah di Kelantan terpilih menerima bantuan berbentuk sumbangan tunai bernilai RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Kesemua penerima 100 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Tanah Merah dan Bachok menerima bantuan di sekolah masing-masing yang disampaikan oleh wakil PPYN.

Selain pelajar SK Tanah Merah 1, 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, Bachok turut menerima sumbangan Inspirasi Ramadan YaPEIM sebanyak RM120 seorang. Penyerahan disaksikan Puan Hajjah Dayana Binti Yaacob, Guru Besar.

Sementara itu, Program Inspirasi Ramadan YaPEIM turut membolehkan 20 pelajar SK Bekelam, Bachok menerima sumbangan tunai yang sama, 20 pelajar dari SK Alor Pasir, pelajar dan juga 20 pelajar SMK Belimbing.

Sejumlah RM12,000 telah disalurkan oleh YaPEIM kepada pelajar sekolah di dua daerah di Kelantan setakat ini. Kesemua mereka 100 pelajar telah menerima RM120 setiap seorang yang terdiri daripada kalangan anak-anak Yatim, Miskin dan kurang berkemampuan.

Top

Comments are closed.

Top