YaPEIM » 340 Pelajar Miskin Terima Manfaat dari YaPEIM

Terkini

340 Pelajar Miskin Terima Manfaat dari YaPEIM

Secara keseluruhan, sebanyak RM40,800 telah pun diagihkan oleh YaPEIM kepada pelajar sekolah tersebut melalui inisiatif amal jariah bagi Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini.

Terengganu 13 Mei – Destinasi jelajah sempena Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H kali ini adalah di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu

Kesemua 340 pelajar miskin dan asnaf dari 17 buah Sekolah yang serba memerlukan masing-masing terpilih menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang hasil kutipan tabung Amal Jariah YaPEIM.

Majlis penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh YBhg Dato Abibullah haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM di Dewan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Untuk rekod, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan oleh YaPEIM untuk program sepanjang Ramadan ini dengan sasarannya membantu 14,000 warga yang memerlukan di semua 14 negeri.

Top

Comments are closed.

Top