YaPEIM » 3 Teras YaPEIM, Santuni Akar Umbi

Terkini

3 Teras YaPEIM, Santuni Akar Umbi

Inisiatif diambil akan memakmurkan ekonomi setempat selain mengelakan kebergantungan hutang yg berterusan golongan nelayan kepada orang tengah.

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Komitmen jitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyantuni kehidupan rakyat bakal diperluaskan meliputi aspek rantaian pembekalan.

Ketua Pengarah juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Dato’ Abibullah Samsudin berkata, melalui tiga dimensi utama agensi iaitu Sosial Bisnes, Bisnes serta Pembangunan Sosial Ekonomi & Amal Jariah, aspek kebajikan rakyat peringkat akar umbi termasuk golongan B40 akan dibantu.

Beliau berkata, inisiatif diambil melalui Pusat Pertumbuhan Ekonomi (CEG) tertumpu di kawasan perkampungan nelayan mampu dilestarikan melalui pengwujudan pusat hentian setempat serba lengkap.

“Sepanjang tahun ini Yapeim sasarkan 100 cawangan CEG bakal dibuka bagi membantu nelayan melalui penyediaan
kontena pembelian dan penyimpanan ikan hasil tangkapan para nelayan di kawasan yang berhampiran tempat pendaratan ikan.

“YaPEIM turut bercadang mewujudkan Pusat IKS yang dilengkapi kemudahan seperti pusat pengeringan hasil-hasil laut dan pusat pembungkusan untuk dipasarkan,” katanya dalam sesi temu ramah bersama Akhbar Wilayahku di Ibu Pejabat YaPEIM di sini, semalam.

“YaPEIM sasarkan kira-kira RM2 juta pelaburan bagi setiap satu cawangan CEG yang bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat serta membantu mengawal peningkatan harga hasil laut di pasaran,” kata Dato’ Abibullah.

Top

Comments are closed.

Top