YaPEIM » 200 Pelajar Kolej Professional Baitulmal Terima Bantuan Makanan

Blog

200 Pelajar Kolej Professional Baitulmal Terima Bantuan Makanan

Seramai 200 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menerima bantuan pek makanan diagih melalui program FoodBank YaPEIM 1.0 hari ini.

KUALA LUMPUR 30 Sept 19 – Seramai 200 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menerima bantuan pek makanan diagih melalui program FoodBank YaPEIM 1.0 hari ini.

Rektor KPBKL, Prof. Datuk Dr. Noor Inayah Ya’akub berkata, kalangan pelajar dipilih adalah golongan asnaf dan kelompok B40 yang serba kekurangan selari dengan pendekatan ‘Ummatik Taqwa’ bagi mencorak ekosistem pembangunan modal insan negara kekal kondusif, demi membela kebajikan golongan sasar.

Beliau berkata, usaha kebajikan dan amal jariah dilaksanakan oleh YaPEIM amat dialu-alukan dan bertepatan hasrat membantu kalangan pelajar serba memerlukan.

“Secara keseluruhan seramai 1,600 pelajar bakal menerima sumbangan pek makanan sedia untuk dimakan (RTE) yang diagihkan melalui FoodBank YaPEIM 1.0 yang dilaksana selama empat bulan mulai September.

“Untuk agihan yang pertama, seramai 200 pelajar layak menerima sumbangan RTE hari ini, segala bantuan disalurkan sedikit sebanyak membantu usaha meringankan beban golongan sasar yang memerlukan,” katanya didalam majlis penyerahan sumbangan FoodBank YaPEIM 1.0 bertempat di Dewan Kuliah 1, IPBKL di Maluri hari ini.

Sementara itu bagi Pengarah Kanan, Pengurusan Dana Infaq Pembangunan Sosioekonomi YaPEIM Mohamad Zamri Zakaria menjelaskan RM4 juta diperuntukan melalui program FoodBank YaPEIM 1.0 yang disasar memanfaatkan seramai 110,600 penerima di seluruh negara.

“Agihan bantuan FoodBank ini meliputi golongan pelajar asnaf, selain kelompok B40 dan mangsa bencana alam. Sejumlah RM8,000 diperuntukan bagi mengagihkan 1,600 pek makanan kepada pelajar di IPBKL ini,” ujarnya.

Top

Comments are closed.

Top