YaPEIM » Misi penyerahan bantuan demi kebajikan rakyat

Terkini

Misi penyerahan bantuan demi kebajikan rakyat

“Inisiatif kebajikan ini menyediakan ruang interaktif untuk YaPEIM meluaskan lagi capaian bantuannya untuk disalur kepada warga yang memerlukan di seluruh Malaysia,” katanya.

PUTRAJAYA 16 Mei – PERLBAGAI pendekatan diambil bagi mengimarah Ramadan sebagai bulan penuh keberkatan, termasuk menganjurkan program kebajikan dan sumbangan kepada warga memerlukan.

Terkini, inisiatif diusahakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Fuziah Salleh sambil disokong oleh beberapa agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menepati konsep Rahmah dalam membela kebajikan rakyat.

Bertempat di Kompleks Pusat Islam, Putrajaya telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada NGO Sempena Bulan Ramadan disempurnakan oleh YB Fuziah menjadi simbolik misi menyerah bantuan serta sumbangan kepada golongan memerlukan di seluruh Negara.

Bagi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), penglibatan sebagai agensi amal jariah dalam program kebajikan tersebut menepati peranan selama ini dalam membantu masyarakat.

Komitmen ditunjukkan YaPEIM melalui sumbangan bernilai RM364,000 dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 5,200 keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh Negara.

Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq dan Pembangunan Sosio Ekonomi, Mohammad Zamri Zakaria berkata, penyertaan YaPEIM dalam program penyerahan sumbangan adalah meluaskan lagi golongan penerima bantuan yang terdiri daripada kalangan rakyat di akar umbi.

Top

Comments are closed.

Top