YaPEIM » 141 Pelajar dari 3 daerah di Terengganu, terima bantuan YaPEIM

Terkini

141 Pelajar dari 3 daerah di Terengganu, terima bantuan YaPEIM

Sejumlah RM16,920 telah disalurkan oleh YaPEIM kepada pelajar sekolah di tiga daerah di Terengganu setakat ini. Kesemua mereka 141 pelajar telah menerima RM120 setiap seorang yang terdiri daripada kalangan anak-anak Yatim, Miskin dan kurang berkemampuan.

KALANGAN pelajar dari tiga daerah di Terengganu terpilih menerima bantuan berbentuk sumbangan tunai bernilai RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H.

Kesemua penerima 141 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Marang, Besut dan Hulu Terengganu menerima bantuan di sekolah masing-masing yang disampaikan oleh Pengurusan tertinggi YaPEIM serta wakil PPYN.

Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin turut sama turun padang menyerahkan sumbangan tunai kepada 21 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Marang sambil disaksikan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Abdullah Sulong dan Pengetua, Yusof Ismail.

Selain pelajar SMK Tun Telanai, 20 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Resak, Marang turut menerima sumbangan Inspirasi Ramadan YaPEIM sebanyak RM120 seorang.

Penyerahan dilakukan oleh Pegawai YaPEIM, Ainol Muhafa Sheikh Mohamad dan disaksikan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rosmadi.

Sementara itu, Program Inspirasi Ramadan YaPEIM turut membolehkan 20 pelajar SK Batangan, Marang menerima sumbangan tunai yang sama, 20 pelajar dari SK Kuala Besut, pelajar SK Gong Bayor, Besut (20) diikuti SK Nyior Tujuh, Besut (20); dan juga 20 pelajar SK Kuala Dura, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Top

Comments are closed.

Top