YaPEIM » 125 Pelajar Yatim/Miskin Terima Manfaat Program Inspirasi Ramdhan YaPEIM 2019/1440H

Blog

125 Pelajar Yatim/Miskin Terima Manfaat Program Inspirasi Ramdhan YaPEIM 2019/1440H

Secara keseluruhan, sebanyak RM15,000 telah pun diagihkan oleh YaPEIM kepada pelajar sekolah tersebut melalui inisiatif amal jariah bagi Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini.

KEDAH – Destinasi jelajah sempena Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H kali ini adalah di daerah Kubang Pasu; Seberang Perai Utara & Langkawi.

Kesemua 125 pelajar miskin dan asnaf dari 14 buah Sekolah yang serba memerlukan masing-masing terpilih menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang hasil kutipan tabung Amal Jariah YaPEIM.

Sekolah yang terlibat adalah SK Bandar Baru Sintok (10); SK Kuala Muda (10); SK Seri Banai (10); SK Pida 3 (10); SK Pulau Mertajam (10); SK Pasir Gebu (10); SK Permatang Janggus (10); SK Penaga (10); SK Pulau Chapa (10); SK Jerlun (10); SK Matang Paku (10) yang terletak di Daerah Kubang pasu dan Seberang Perai Utara dan 15 orang pelajar di 3 sekolah di Daerah Langkawi, SK Bayas; SK Temonyong & SK Kedawang.

Untuk rekod, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan oleh YaPEIM untuk program sepanjang Ramadan ini dengan sasarannya membantu 14,000 warga yang memerlukan di semua 14 negeri.

Top

Comments are closed.

Top