YaPEIM » 100 Keluarga Terima Barangan Keperluan Asas menerusi Program Food Bank YaPEIM 1.0

Blog

100 Keluarga Terima Barangan Keperluan Asas menerusi Program Food Bank YaPEIM 1.0

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengagihkan barangan keperluan asas kepada 100 orang penerima di Masjid Alor Jawi, Kuala Muda, Kedah.

KUALA MUDA, 19 Sept 19 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengagihkan barangan keperluan asas kepada 100 orang penerima di Masjid Alor Jawi, Kuala Muda, Kedah.

Inisiatif YaPEIM memperkenalkan Program Foodbank YaPEIM 1.0 kepada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya dari kelompok B40 dengan mengagihkan barangan keperluan asas atau ‘dry food’ seperti beras, tepung, gula dan minyak masak sedikit sebanyak meringankan bebanan penerima sekaligus mencapai matlamat dan tujuan asas pelaksanaan program ini.

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbang ke Tabung Amanah YaPEIM dan pihak Pejabat Agama Daerah Kuala Muda serta pihak masjid yang telah menjayakan program ini.


Top

Comments are closed.

Top